TAJUK MUKASURAT

Bina rumah sendiri

Anda ingin bina rumah sendiri? tapi tak yakin boleh ke? jgn risau saya pun begitu tapi setelah nekad ingin buat sendiri ternyata ia satu tindakan yang sangat berbaloi baloi..puas hati lagi menjimatkan dan tak lah sesusah mana. Pada asalnya ingin mengupah kontraktor saja untuk buat rumah ini tapi memandangkan kos yang dikehendakki kontraktor yang tak mampu nak membayornya maka terpaksalah mengambil risiko tindakan berani untuk buat sendiri sajalah. Ada juga saudara mara menasihati jangan buat sendiri nanti takut terbengkalai, takut tak betul managenya.
Bagaimanapun diri ini dah bernekad untuk nak buat juga kerana dah tak larat asyik nak menyewa ja , lagipun kita ada basic construction jadi tak la susah mana pun. Cuma pada mulanya malas nak buat sendiri kerana tak mahu pening kepala nak mengurus semua sendiri daripada nak membeli barang nak supervise kerja nak monitoring pekerja lagi dan macam2 hal lah.
So nak tak nak dan budget pun tak seberapa maka buat keputusan ah... bina rumah sendiri ja lah.
Akhirnya ini satu keputusan yang sangat berbaloi dan bila siap perghh,,, dapat jimat lebih kurang RM50,000 .
Maka siaplah rumah yang diidamkan dengan design sendiri , pilih bahan material ikut selera sendiri dan segala aksesori paip, lampu, tile yang kita suka. Yang bestnya semua dalam budget.

HAL BERKAITAN RUMAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.