Bahan Binaan

Berikut adalah senarai bahan-bahan binaan asas yang utama dalam pembikinan rumah ini :
Juga disertakan kos per unitnya

Kerja-kerja konkrit
  • Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/bag
  • Bata simen - RM0.21 satu
  • Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Pasir kasar - RM 40 satu ela
  • Pasir halus - RM 45 satu ela
  • Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
  • Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sebatang
  • Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sebatang
  • Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sebatang
  • Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
  • Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
  • Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
  • Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
  • Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
  • U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
  • Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
  • Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
  • Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
  • Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
  • Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
  • Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
  • Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
  • Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
  • Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
  • Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
  • Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
  • Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
  • Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
  • Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
  • Skru atap - RM 35 sekotak
  • L bracket - RM 1.50 satu
  • Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
  • Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
  • Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
  • Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
  • Wheel barrow - RM 70 satu
  • Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
  • Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
  • Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
  • Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
  • Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
  • Tanah merah - RM 25 satu ela
  • Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
  • Beli barang - RM 80081
  • Upah pekerja - RM 44370
  • Ukur tanah - RM 350
  • Bersih tapak rumah -RM 1750
  • Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
  • Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
  • Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
  • Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
  • Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199
Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah tapi dah ada budget hentam saja lah.

* Harap maklum harga bahan binaan ini adalah pada harga semasa dipasaran Pulau Pinang pada bulan Mei - November 2010. Mungkin harga semasa sekarang sudah berubah.



HAL BERKAITAN RUMAH

75 comments:

  1. terima kasih kepada saudara kerana berjaya membina blog membina rumah sendiri ini kerana banyak juga pengetahuan yang saya perilehi memandangkan saya juga dalam proses utk membina rumah dalam masa terdekat ini. skrang ini saya dalam proses menunggu kelulusan pelan rumah. saya ada sekit persoalan kepada saudara mengenai cara mengira kuantiti sesuatu barang yang diperlukan. contohnya kuantiti beg simen, batu bata dsbnya. harap saudara dapat membantu. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Memang terang dan jelas penjelasan admin. Bagus untuk rujukan kawan2. Terima kasih!

    ReplyDelete
  3. Widaad... alamak saya bukan QS tapi setakat kira simple2 tu boleh la

    Nak kira bata guna formula ni 1m2=60 bata, jadi kalau ukuran area dinding 2977 ft2 = 277m2, jumlah bata = 277x60 = 16620 bata. Ingat kena tolak area dinding untuk pintu dan tingkap .
    Kalau untuk konkrit 1m3 = anggaran 7 bag simen
    nak kira yg lain2 tu oo.. nak kena buka buku la plak , tp klu ada masa saya cuba la tunjuk mana yg boleh

    ReplyDelete
  4. thanks for the info..tapi nak tanya, zink sekeping tu berapa kaki..jadi kalau sekeping zink tu berapa harga sebenar dia..

    ReplyDelete
  5. Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang

    Zink yg sy pakai tu berharga RM4.30 sekaki.
    di jual ikut panjang bumbung rumah , katakan klu bumbung rumah panjang 20 kaki maka orderlah beberapa keping zink yg kena pakai 20 kaki tu , klu katakan kena pakai 10 keping maka kosnya = 10 keping X 20kaki X RM 4.30 = RM 860
    seterusnya order kepingan zink yg berlainan panjang ikut desain ukuran panjang atap rumah kita.
    contoh :
    10 kaki - 20 keping = 200 kaki
    15 kaki - 15 keping = 225 kaki
    20 kaki - 10 keping = 200 kaki
    dan seterusnya...
    kemudian campur je jumlah panjangnya dan kalikan rege sekakinya tu... begitulah care ngirenye...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, bos nak minta pendapat, saya nak bina rumah luas dalam 26'x40' dua tingkat dia punya design biasa saja, nak mintak bos buat anggaran kos dan time frame. saya nie masih buta lai dalam hal2 pembinaan. tq bos

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum, saya ingin bina rumah 2 tingkat tetapi bajet tak cukup untuk siapkan sekali gus. Saya ingin bina secara berperingkat. Maksudnya bila ada duit, beli bahan2 dan baru buat. Pertanyaan saya ialah untuk bina rumah 2 tingkat, perlukah asas tiang dibuat dengan menanam cerucuk dahulu . Rumah yg ingin dibuat adalah sebelah rumah kampung arwah mentua saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Salam kpd Abdullah dan Aznan,
    Maaf kerana lama x respon dan lama x beronline atas sb masalah kesihatan.
    TQ kerana sudi jenguk blog ni yg x seberapa. Saya bukan lah pakar sangat bab2 buat rumah ni. Anggaran kos rumah ni bergantung banyak faktor, dr segi material ( ada murah ada mahal) upah pekerja, kos x di jangka dsbnya. Tp yg pasti klu buat sendiri dan beli barang sendiri memang jimat dan kita bebas nak beli bahan ikut budget. Time frame nak buat rumah ni juga bergantung pada pihak kontraktor yg membuatnya, kalau dia ada ramai pekerja dan cekap buat kerja mungkin cepat lah siap kalau sebaliknya alamat lambatlah siap.
    Untuk anggaran kos rumah boleh rujuk web ini http://bina-rumah.com/
    Kalau nak tahu samada nak guna piling untuk tapak tiang rumah ni kena tengok faktor keadaan tanah , kalau tanah lembik berair dah tentu kena piling , kalau tapak tanah kukuh x perlulah
    apapun cer baca FAKTOR–FAKTOR ASAS CERUCUK ni :

    i)Apabila asas rakit(pad footing) tidak sesuai digunakan kerana tekanan bagi beban yang dikenakan tidak sekata dengan keupayaan tanah yang terlalu rendah, menyebabkan asas cerucuk paling sesuai digunakan.

    ii)Apabila keupayaan tanggung beban tanah hanya pada aras kedalaman 3m kebawah dimana asas jalur atau asas pad tidak ekonomi jika ia digunakan.

    iii)Apabila tapak bangunan yang dibina sentiasa ditakungi air sepanjang tahun atau pada musim-musim tertentu seperti dikawasan tanah paya,tanah ditepi laut dan lain-lain.

    iv)Apabila bangunan yang bina terlalu besar dan tinggi dimana daya tolakan angin akan memberi kesan negatif terhadap bangunan tersebut

    Harap membantu.

    ReplyDelete
  9. saya tengok harga barang binaan yang diberikan itu sangat murah..tentunya keadaan herga ini berbeza antara tempat..mengapa boleh jadi begitu?

    ReplyDelete
  10. salam...boleh nk tanyk yg dawai pengikat RM15/gulung brape kg ye?

    ReplyDelete
  11. Salam En amir,
    Tak tahu la pulak berapa berat satu roll.
    Kenapa nak tahu beratnya ,
    Harga bukan kerana beratnya tp panjangnya

    ReplyDelete
  12. Sy meniaga hrdware..dawai link biasa berat 2.1kg..dan xdiambil kira beratnya..hnya fungsi utk ikat besi shj

    ReplyDelete
  13. saya tengok kos di atas tak termasuk pelan untuk PBT (arkitek approval), ataupun pelan tu tak buat submition?

    ReplyDelete
  14. Kos yg dimaksudkan siap la dalam RM 8000 ke 10,000

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    akak nak sambung dapur 14 x 23, tingkap 2 pintu 1, berapa kos buat sendiri ?

    ReplyDelete
  16. Ya Allah.. Terima kasih sangat2, admin.. Tengah2 stress nak buat bissness plan pasal pembinaan 6 buah bilik chalet, tjumpa blog admin ni.. Hehe.. lega je bahagian belanjawan projek..hihi.. Xde la kejap2 call ayah saya kat seberang laut tu semata2 nak tanya harga simen seguni brape..hehe..Seronok giler nih.. TQ admin!

    ReplyDelete
  17. Puan nasihah selalunya tukang buat rumah ni utk nak dapatkan kos secara kasarnya dia kira ikut keluasan bina kali dgn harga semasa kaki persegi
    cth mcm puan punya cadangan bina tu = 14x23= 322 kaki persegi, so kalau kos upah kontraktor semasa katakan RM 150 kaki persegi maka anggaran kos bina extension dapur tu lebih kurang 150x322= RM 48.000 ini anggaran ja ...
    kalau nak buat sendiri dah tentu murah lagi -- beli barang sendiri lepas tu upah 4 atau 5 orang tukang yg cekap. bayar ikut hari atau satu harga lump sum yg di persetujui...

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan,
    Blog tuan ini sgt membantu utk org yg ingin extend rumah mcm saya ini. Boleh minta pandangan tuan mengenai tiang konkrit siap bancuh. Ada org kata lebih bagus guna tiang konkrit yg dibuat di site drpd tiang ready mix tu. Tukang yg saya deal kata akan guna tiang ready mix tu. Minta pandangan tuan..

    ReplyDelete
  19. Saudara kampung,
    faktor yg penting utk di ambil kira hal ni
    ialah kualiti konkrit tiang tu
    kalau di site kemungkinan pihak pekerja kontrator
    akan buat bancuh mix konkrit ni main sedap skop ja...
    dan x berapa ikut std gred konkrit tu cth gred 20
    ( nisbah 1:2:4) simen/pasir/batu
    satu lg hal bila tuang ke acuan tiang... berkemungkinan
    campuran bancuhan konkrit ni x sekata .. dan jika x di vibrate
    betul2 akan mengakibatkan batu aggregate x melekat sekata -berlubang2 (honeycomb)
    jadi ini menjejaskan kualiti konkrit tiang tu..
    kalau readymade pasti kualiti ini di jaga cuma pastikan besi tetulang
    yg di pakai ikut spesifikasi rumah - guna yang besi bergerutu/bunga
    jenis Y ( ada saiz 10mm, 12mm, 16mm, dan seterusnya)

    ReplyDelete
  20. Assalam..terima kasih kpd saudara atas ilmu dan maklumat yg diberikan. Sekurang2nya dpt juga tau camana cara nak renovate rumah sendiri. Ilmu ada sikit2 tp xyakin tkut plak dgn kos. Jd sekarang dh nampak sikit2 jalan penyelesaian. Terima kasih byk2

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. salam sahabat...
    nk brtnya....kalo rmh bina sndri kudrat sndri...bajet dlm 30k bleh dpat x? buat tapak dgn dinding dll(plan rmh sndri)....itu tanpa bumbung dgn elektrik....kna mntk kelulusan bina plan rmh x? tkut nnti nk msuk air dgn elektrik da mslh sbb xmohon kelulusan spec rmh plak.

    ReplyDelete
  24. salam. harga paku per kg skrg berapa ye?

    ReplyDelete
  25. salam ashraf acap , sori lama x jenguk laman ni
    kos ni subjektif ..kena tgk nak bina beso mana ... tp setakat nak buat tapak dan dinding plan yg simple dgn kudrat sendiri budget RM 30k tu ok kut.. setakat nak buat rumah kampung jauh dari pengurusan perbandaran jarang yg ada mohon...nak masuk api dan air x da la plak ada nak minta spec rumah..

    kpd roxa eloknya tanya ja kat hardware utk nak tahu harga terkini...ada banyak size paku

    ReplyDelete
  26. ohh yeke. terima kasih. tapi nk tanya if saudara tau harga besi R8 berapa untuk 1 tonne? harga 2013 pon boleh. sebab saya dah byk cari tapi taktahu berapa harganya.

    ReplyDelete
  27. wah...bestnya baca org berpengalaman punya entry...nak minta tlg jadi QS sy leh? emel saya dmazzanggun@gmail.com

    ReplyDelete
  28. nak tanya kalau tapak rumah tanah pasir nak guna raft foundation perlu piling ? bata yang akan digunakan jenis interlocking brick

    ReplyDelete
  29. kak ngah ,
    klu tanah pasir yg mampat x yah piling, klu di dasarnya lembut elok piling
    bata interlocking ok juga

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. salam sahabat...
    nk tnya skit...kalo buat pinjaman perumahan kerajaan, bina rumah sndri(kontraktor sepupu)...plan rumah perlu mndapatkn kelulusan dri pihak pbt kan..msa bina sya x mau ikut dlm plan yg dipohon(ubah plan rumah) dan juga tnpa memberitahu pihak pbt sbgai cth : loan utk bina rmh 100k tpi sya bina rmh hnya 80k shj (ada lbih 20k lg..bleh beli brg baru..hehe. boleh ke buat mcm tu?? lagi satu pihak pbt akn dtg membuat pemeriksaan keatas rumah yg sudah siap dibina tak? tkut juga kantoi nnti...hahaha
    rancang nk buat mcm tu...hehehe
    minta komen sikit yea...hehehe

    ReplyDelete
  32. Bab procedure loan ni sy x berapa pasti sangat sb buat rumah ni x guna loan pun....duit cash sendiri... huhu...dan x da pun berurusan dgn pbt sb kawasan kampung jafi nk bg pandangan pun takut salah..haha
    Ada juga rujuk agen arkitek utk buatkan pelan kelulusan pbt...ha..dia nk charge sampai 8000 ribu lebih...hmmm..x payah la...lg pun kawasan pun bukan kawasan pekan pun... tapi kalau kawasan kamu tu dalam pentadbiran pbt kenalah ikut prosedur, sebab ada syarat2nya pelan rumah tak boleh terlalu rapat dgn sempadan jiran atau jln utama , kedudukan septik tank dsbnya.... rasanya tentang kos buat apa pbt nak ambik kisah...itu antara awak dgn pihak pemberi la...pandai2 la adjust... markup la lebih sikt...hehehe

    ReplyDelete
  33. Oh...ya...dodol liat..kalau ada duit balance tu...mai labur dgn saya buat bossventure...power bro...income harian maa.... kita sebahagian boss bisnes ni...kita dapat 1.5% dari keuntungan harian setiap hari wei... sy baru ja join dalam 3 minggu... dah merasa hari hari punya utg sales daily... yg best bis ni kkta boleh keluar setiap minggu ..tu yg syoknya...kalau sesak income ni la boleh bantu.... jgn x tau budak u pun dah dapat empat angka semingu sama dgn satu semester punya biasiswa.... sori ambik kesempatan promosi pulak...ni saja nk kongsi peluang pada sapa nak buat duit secara relax ja.... x berminat x kisah pun
    Boleh le baca baca info bis ni di http://goo.gl/yOEzZa

    ReplyDelete
  34. terjumpa jugak blog nih dah lama tercari-cari .... terima kasih ye tuan punya blog so dapat la jugak info sebenar nak buat rumah nih .... memang rasa hina tak ada rumah sendiri nih adik beradikpun asyik dok hina kita tak ada rumah sendiri ..........

    ReplyDelete
  35. hasmania abas , sabar la... mereka lupa siapa yang memberi rezeki
    kita bukan tuhan yg boleh tahu nasib seseorang... kalau tuhan nak memberi
    tak ada kuasa yg lain yg boleh menahan dan kalau tuhan nak tarik balik tiada siapa dapat menolong.... so bersyukurlah pada apa yg ada...

    ReplyDelete
  36. salam tuan,

    saya ingin mengubahsuai rumah di kg 25x18 kaki persegi.. rumah asal adalah rumah papan dan mahu digantikan dengan batu dan bumbung metal deck. 1 bilik tidur.. agak2 berapa kos ye... ? budget sy dalam 40k agak2 cukup tak? dah tanye kontraktor dia kira siap beli barang dan upah 60k.. terlebih budget... nengok blog ni terus terfikir nak beli brg sendiri...

    ReplyDelete
  37. salam..,
    bape kos untuk nk pasang siling utk umah kampung..

    ReplyDelete
  38. salam...nktanya sy keliru dgn saiz besi cth:R10 % Y10 yg mana 1 btol niee

    ReplyDelete
  39. skrg brg da mahal,,......simen rm 18......... tapi bos betul2 jimat..hehehhe sy selalu ambek untung rumah mcm ni rm25k campur gaji sy..hehehhe mhl gak hrga kontraktor tu

    ReplyDelete
  40. faid...... y10 lgi besr dri r 10...... y10 mahal ckit

    ReplyDelete
  41. Jika anda memerlukan perkhidmatan kontraktor yang bertauliah dengan kerja berkualiti, untuk:
    1. Ubahsuai rumah & bina baru
    2. Pengubahsuaian Pejabat & ruang komersial
    3. Kabinet dapur
    4. Kerja Mengecat
    5. Pagar besi
    6. Siling plaster
    7. Pemasangan granit & jubin
    8. Kerja-kerja elektrikal
    9. Partition
    10. Kerja-kerja kaca
    11. Binaan bumbung

    hubunggi kami :- kl/selagor

    Hubungi Kami

    0173225075 - aiman
    0139914207 - fikri

    www.facebook.com/mayaklasik

    email : mayaklasikrc@gmail.com

    ReplyDelete
  42. saya dah download software tu tpi keluar........not commonly downloaded and may be dangerous......ok ke link tu tuan

    ReplyDelete
  43. Harga binaan yang dibagi dekat atas ni memang murah giler2. baru ni saya bt renovation utk dapur + bilik tidur + bilik air + parking tepi rumah je pun dah telan belanja yang banyak.

    Nice sharing...betul2 membantu.

    ReplyDelete
  44. berpakah %kah kenaikan kos binaan dari tahun 2010 hingga 2014

    ReplyDelete
  45. Ntah la sb x buat kajian pun
    pd yg rajin boleh share info

    ReplyDelete
  46. Seelok2nya bertanyalah soalan yang betul2 tak tahu, bukan menguji. Carilah dimana2 dahulu maklumat utk dikongsi bukan utk merendahkan tuan tanah. Kemudian beradablah dgn tidak mencilok/potong line dgn mengiklankan perniagaan anda/MLM/Skim cepat kaya

    ReplyDelete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Terima kasih kerana buat blog bina rumah sendiri, ianya sangat bermanfaat dan memberi ilmu, kalau tak keberatan mohon
    tuan boleh buat untuk bina rumah konsep ibs. terima kasih.

    ReplyDelete
  52. tuan,
    berapa metre isi padu simen concrete untuk keluasan lantai 2800 kp?

    ReplyDelete
  53. salam...saya nak tanya...ada sesiapa tahu senarai harga bahan binaan bagi tahun 2014/2015 ?

    ReplyDelete
  54. salam...saya nak tanya...ada sesiapa tahu senarai harga bahan binaan bagi tahun 2014/2015 ?

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum tuan punya blog, saya nk tanya..untuk rmh di kg kt alor setar.. kalau buat rumah berkembar 2 tingkat utk saiz binaan 2880kpersegi, lbih kurang rm berape ye? Kontraktor nk charge sbnyak rm 330 tanpa lantai tile dan xdek balcony atas bumbung tempat letak kereta. Saya rasa ia mahal. Apa pendapat tuan? Satu lg ada kawan cadangkan saya buat rumah kayu. Katanya jauh lebih murah. Saya rasa sangat keliru dan tertekan kerana harga yg mahal bg saya ni.Boleh tuan bagi pendapat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  56. Maksud saya rm330k. Mula2 kontraktor berikan harga rm350k..Mcmmana ye tuan?

    ReplyDelete
  57. Maksud saya rm330k. Mula2 kontraktor berikan harga rm350k..Mcmmana ye tuan?

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum tuan punya blog, saya nk tanya..untuk rmh di kg kt alor setar.. kalau buat rumah berkembar 2 tingkat utk saiz binaan 2880kpersegi, lbih kurang rm berape ye? Kontraktor nk charge sbnyak rm 330 tanpa lantai tile dan xdek balcony atas bumbung tempat letak kereta. Saya rasa ia mahal. Apa pendapat tuan? Satu lg ada kawan cadangkan saya buat rumah kayu. Katanya jauh lebih murah. Saya rasa sangat keliru dan tertekan kerana harga yg mahal bg saya ni.Boleh tuan bagi pendapat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum bro, nak tanya pasal saiz kekuda besi. Saiz main truss kekuda besi memang standard dia 3'x 1.5' ke?

    ReplyDelete
  60. salam..tuan admin...klu pkai tiang konkrit siap yg dibeli dikedai utk bina banglo,apakah ia tahan? sbb ada org kata,tiang beli xdak masalah,yg penting beam tu yg kena kuat..betul ke?satu lagi,mohon update harga brg binaan terkini utk 2016

    ReplyDelete
  61. Salam..tuan admin ..nak tanya sikit
    saya nak renovate dapur keluasan 15kaki X 22kaki bumbung slab, bata merah,syiling kapur,tangki air stanles stel,safety door n tambah tandas 6×6.agak2 berapa yer ada satu kontarktor tu nak dlm 40k.adakah iyernyer berbaloi? Blh tuan bagi pendapat.

    ReplyDelete
  62. As Salam Tuan admin,
    boleh update untuk harga 2016 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga ikut kedai tmpat tuan..tp skurang2nya tuan dah ade panduan asas harga barang2 trsebut

      Delete
  63. Salam
    Saya tukang buat kitchen kabinet dan renovation. Boleh watsup saya saiful 0173067458. Boleh cover area selagor/kl/n9 dan melaka. Free quotation. Boleh tgk hasil kerja sy di page www.dafssmart.blogspot.com

    ReplyDelete
  64. Salam
    Saya tukang buat kitchen kabinet dan renovation. Boleh watsup saya saiful 0173067458. Boleh cover area selagor/kl/n9 dan melaka. Free quotation. Boleh tgk hasil kerja sy di page www.dafssmart.blogspot.com

    ReplyDelete
  65. Siapa nak lihat contoh pelan rumah percuma boleh KLIK www.pelanbanglo.com

    ReplyDelete
  66. Tumpng iklan tuan tanah..
    Perlukan pelukis pelan rumah area terengganu serendah rm1 sekaki call 0139221912

    ReplyDelete
  67. Salam..
    Mau tanya...
    Mana lebih jimat kos untuk buat rumah guna ...bata merah atau cool block.
    Contoh keluasan sama 800kaki x 12 kaki...t.kasih

    ReplyDelete
  68. Hi..trima ksih dgn blog ni.sngatt mmbantu.tuan..nk tnya.Sya nk Bina rumah sdri dgn kudrat sdri secara brpringkat2.size 20×24,dding zink,dding dlm n siling plywood,3 bilik.rumah bertiang.cmna ya nk Kira jumlah bhn binaan nya.sya btul2 tk tahu n ble ka sya dptkn smua bhan2 tu dgn bjet skitar 20k..mnta tlng sngt2.tq

    ReplyDelete
  69. Hi..trima ksih dgn blog ni.sngatt mmbantu.tuan..nk tnya.Sya nk Bina rumah sdri dgn kudrat sdri secara brpringkat2.size 20×24,dding zink,dding dlm n siling plywood,3 bilik.rumah bertiang.cmna ya nk Kira jumlah bhn binaan nya.sya btul2 tk tahu n ble ka sya dptkn smua bhan2 tu dgn bjet skitar 20k..mnta tlng sngt2.tq

    ReplyDelete
  70. Terima kasih tuan atas perkongsian,,, boleh buat panduan,,, baru sekarang ada plan nak buat rumah kat kampung,, tapi harga mesti dah jauh beza kan,, list harga yang 2010 punya,, sekarang dah 2020,,taktau la tu harganya cam mana,,

    ReplyDelete
  71. Harga upah tukang rumah kalau buat rumah atas tnah sendiri angaran separuh dari harga barang..contoh beli barang 50k..upah dlm 25k..angaran kasar..kalau beli brg murah jimat lgi kos

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.