1. Dapatkan area (luas permukaan bumbung yg dikehendakki) - saya guna software sketchup utk nak dapatkan area design bumbung rumah saya jadi senang ja klik klik klik semua permukaan atap dan terus dapat keluasan keseluruhan bumbung rumah.
ini contoh saja - luas berbeza dgn yg sebenar ..OK
2. oleh kerana saya pakai atap jenis murah - metal sheet ja so nak order berapa banyak kenalah kira ikut bentuk supply size atap ni.
ni namanya metal corrugated sheet , lebarnya 2.5 kaki
3. nak kira berapa panjang nak order , bahagikan luas bumbung dengan lebar atap ni - katakan luas atap - 2700 kaki persegi, jadi jumlah panjang atap yg perlu order = 2700/2.5 = 1080 kaki.... so kalau harga atap ni RM 4.30 sekaki maka kos sepenuh nak order atap ni = RM4.3x1080 = RM 4644. jgn order ngam ngam biar le lebih sikit untuk tampung sebarang kekurangan .
4. katakan kalau nak pakai atap jenis concrete tile , nak kira jumlahnya guna konsep yang sama iaitu luas bumbung bahagi dengan luas size tile yg nak pakai tu ,
contoh kira tile jenis ni = luas bumbung / luas size tile
= 2700/1.5 = 1800 keping
kos = jumlah tile x harga sekeping tile
5. berbalik pada atap jenis metal sheet tu , takkan nak order terus panjang1080 kaki, kenalah breakdown ikut panjang bumbung yg kita design sendiri tu.
jadi kenalah buat jadual size panjang atap dan jumlah yg diperlukan :
Contoh macam ni :
Size panjang atap Jumlah (Keping) Jumlah panjang atap
24 kaki 7 168 kaki
23 kaki 2 46 kaki
21 kaki 5 105 kaki
20 kaki 1 20 kaki
19 kaki 5 95 kaki
18 kaki 5 90 kaki
17 kaki 5 85 kaki
16 kaki 5 80 kaki
14 kaki 3 45 kaki
13 kaki 6 84 kaki
dan seterusnya ...
6. Untuk nak kira besi truss untuk bumbung hmm... pening la sikit tapi guna software skechup ni banyak membantu
ini la bentuk rupa desain kerangka besi truss rumah ni....
dengan highlight saja komponen besi truss yang nak dikira terus boleh dapat jumlah panjangnya.
bila dah dapat keseluruhan panjang besi truss yg diperlukan barulah boleh ngoder berapa batang besinye....
perlu tahu yang besi main truss ni di supply sebatang panjangnya 20 kaki
contoh kira :
jumlah panjang besi keseluruhan katakan 3600 kaki
jumlah batang yg diperlukan = 3600/20 = 180 batang
so kosnya = 180 kali dengan harga sebatang (RM 23) = 180x23= RM 4140
7. lepas ni kena kira pulak besi truss battern ( purlin ) - sama macam di atas juga
gambarajah kedudukan besi battern purlin - (atap di skrew atas besi ni)
pengiraan nak ngoder berapa banyak dan kos harga sama macam diatas cuma
kali ikut harga sebatang besi purlin ni ( RM13)
contoh : jumlah panjang = 1400 kaki / 20 = 70 batang x 13 = RM 910
8. kena la juga ambil kira peralatan yang lain seperti skrew atap, L bracket, kayu panjang 2"x5"- support besi truss , dll.