Upah pekerja

Konsep saya membina rumah ini ialah dengan rekabentuk pelan rumah sendiri dan mengupah pekerja ikut bayaran kerja hari. Ingat.... konsep kerja bayar ikut hari ini memang ada kebaikan dan keburukannya, silap-silap haribulan rumah tak siap modal kehabisan so kena betul-betul planning.
Kebaikannya kita hanya bayar bila pekerja datang bekerja kalau dia cuti upahnya pun cuti, kalau kerja separuh hari bayar pun separuh ..mana boleh bagi penuh.
Yang tak bagusnya dia curi tulang, kerja slow-slow ambil his own sweet time nak siapkan satu kerja.. wei mana boleh tahan ni macam , aku upah hang kerja so kena lah buat kerja betui2. agak-agak la dia punya output , biar lah logik untuk siap satu2 kerja. Kita pun faham takkan nak suruh dia kerja-kerja-kerja sampai tak rehat ..dia pun manusia juga perlu ada restnya tapi jgnla pulak rest memanjang setiap 10 minit... panas juga hati wei.. masa is duit duit duit.
Jadi kalau ambil konsep upah ini, kenalah jaga betul betul pekerja2 ini biar depa respect kita sebagai bos.

Saya cuma ambil 5 pekerja untuk siapkan rumah ini
3 pekerja skill dan 2 tak berapa skill janji boleh buat kerja angkat yg berat2.
Upah skill di antaraRM 70 - 90 sehari , tak skill RM 60 sehari ( dari pukul lapan pagi hingga lima petang)
Mahal? Tapi dah siap kira dalam budget. Pengiraannya ialah kira jangkaan jumlah berapa hari boleh siap rumah ini kali dengan kos pekerja sehari. Contoh kata 120 hari X RM390 --RM46800

0 comments:

Post a Comment






-----------------------------------------------
Setiap bulan mesti nak kena bayar bil api air telepon astro dsbnya
Nak tak kalau boleh dapat jimat banyak sangat dan boleh tambah duit lagi?
Cara sangat mudah dari rumah saja guna smartphone dah boleh
Kenapa biar duit ni hangus kalau ada cara boleh buat income?
Jadikan komitmen duit ini bekerja untuk anda
DIMANA NAK LABURKAN? KLIK IMEJ DIBAWAH