Juga disertakan kos per unitnya
Kerja-kerja konkrit
- Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/kg
- Bata simen - RM0.21 satu
- Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
- Pasir kasar - RM 40 satu ela
- Pasir halus - RM 45 satu ela
- Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
- Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki
- Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
- Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
- Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
- Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
- Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
- Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
- Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
- Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
- U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
- Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
- Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
- Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
- Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
- Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
- Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
- Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
- Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
- Paku 2 " - RM 4.96 /kg
- Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
- Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
- Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
- Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
- Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
- Skru atap - RM 35 sekotak
- L bracket - RM 1.50 satu
- Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
- Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
- Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
- Disc cutter - RM 2 satu
- Wheel barrow - RM 70 satu
- Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
- Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
- Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
- Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
- Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
- Tanah merah - RM 25 satu ela
- Tangki septik - RM 920 satu
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )
Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
- Beli barang - RM 80081
- Upah pekerja - RM 44370
- Ukur tanah - RM 350
- Bersih tapak rumah -RM 1750
- Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
- Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
- Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
- Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
- Lain-lain upah - RM 100
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199
Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah tapi dah ada budget hentam saja lah.
* Harap maklum harga bahan binaan ini adalah pada harga semasa dipasaran Pulau Pinang pada bulan Mei - November 2010. Mungkin harga semasa sekarang sudah berubah.
HAL BERKAITAN RUMAH








11 comments:
terima kasih kepada saudara kerana berjaya membina blog membina rumah sendiri ini kerana banyak juga pengetahuan yang saya perilehi memandangkan saya juga dalam proses utk membina rumah dalam masa terdekat ini. skrang ini saya dalam proses menunggu kelulusan pelan rumah. saya ada sekit persoalan kepada saudara mengenai cara mengira kuantiti sesuatu barang yang diperlukan. contohnya kuantiti beg simen, batu bata dsbnya. harap saudara dapat membantu. terima kasih
Memang terang dan jelas penjelasan admin. Bagus untuk rujukan kawan2. Terima kasih!
Widaad... alamak saya bukan QS tapi setakat kira simple2 tu boleh la
Nak kira bata guna formula ni 1m2=60 bata, jadi kalau ukuran area dinding 2977 ft2 = 277m2, jumlah bata = 277x60 = 16620 bata. Ingat kena tolak area dinding untuk pintu dan tingkap .
Kalau untuk konkrit 1m3 = anggaran 7 bag simen
nak kira yg lain2 tu oo.. nak kena buka buku la plak , tp klu ada masa saya cuba la tunjuk mana yg boleh
thanks for the info..tapi nak tanya, zink sekeping tu berapa kaki..jadi kalau sekeping zink tu berapa harga sebenar dia..
Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
Zink yg sy pakai tu berharga RM4.30 sekaki.
di jual ikut panjang bumbung rumah , katakan klu bumbung rumah panjang 20 kaki maka orderlah beberapa keping zink yg kena pakai 20 kaki tu , klu katakan kena pakai 10 keping maka kosnya = 10 keping X 20kaki X RM 4.30 = RM 860
seterusnya order kepingan zink yg berlainan panjang ikut desain ukuran panjang atap rumah kita.
contoh :
10 kaki - 20 keping = 200 kaki
15 kaki - 15 keping = 225 kaki
20 kaki - 10 keping = 200 kaki
dan seterusnya...
kemudian campur je jumlah panjangnya dan kalikan rege sekakinya tu... begitulah care ngirenye...
Assalamualaikum, bos nak minta pendapat, saya nak bina rumah luas dalam 26'x40' dua tingkat dia punya design biasa saja, nak mintak bos buat anggaran kos dan time frame. saya nie masih buta lai dalam hal2 pembinaan. tq bos
Assalamu'alaikum, saya ingin bina rumah 2 tingkat tetapi bajet tak cukup untuk siapkan sekali gus. Saya ingin bina secara berperingkat. Maksudnya bila ada duit, beli bahan2 dan baru buat. Pertanyaan saya ialah untuk bina rumah 2 tingkat, perlukah asas tiang dibuat dengan menanam cerucuk dahulu . Rumah yg ingin dibuat adalah sebelah rumah kampung arwah mentua saya. Terima kasih
Salam kpd Abdullah dan Aznan,
Maaf kerana lama x respon dan lama x beronline atas sb masalah kesihatan.
TQ kerana sudi jenguk blog ni yg x seberapa. Saya bukan lah pakar sangat bab2 buat rumah ni. Anggaran kos rumah ni bergantung banyak faktor, dr segi material ( ada murah ada mahal) upah pekerja, kos x di jangka dsbnya. Tp yg pasti klu buat sendiri dan beli barang sendiri memang jimat dan kita bebas nak beli bahan ikut budget. Time frame nak buat rumah ni juga bergantung pada pihak kontraktor yg membuatnya, kalau dia ada ramai pekerja dan cekap buat kerja mungkin cepat lah siap kalau sebaliknya alamat lambatlah siap.
Untuk anggaran kos rumah boleh rujuk web ini http://bina-rumah.com/
Kalau nak tahu samada nak guna piling untuk tapak tiang rumah ni kena tengok faktor keadaan tanah , kalau tanah lembik berair dah tentu kena piling , kalau tapak tanah kukuh x perlulah
apapun cer baca FAKTOR–FAKTOR ASAS CERUCUK ni :
i)Apabila asas rakit(pad footing) tidak sesuai digunakan kerana tekanan bagi beban yang dikenakan tidak sekata dengan keupayaan tanah yang terlalu rendah, menyebabkan asas cerucuk paling sesuai digunakan.
ii)Apabila keupayaan tanggung beban tanah hanya pada aras kedalaman 3m kebawah dimana asas jalur atau asas pad tidak ekonomi jika ia digunakan.
iii)Apabila tapak bangunan yang dibina sentiasa ditakungi air sepanjang tahun atau pada musim-musim tertentu seperti dikawasan tanah paya,tanah ditepi laut dan lain-lain.
iv)Apabila bangunan yang bina terlalu besar dan tinggi dimana daya tolakan angin akan memberi kesan negatif terhadap bangunan tersebut
Harap membantu.
saya tengok harga barang binaan yang diberikan itu sangat murah..tentunya keadaan herga ini berbeza antara tempat..mengapa boleh jadi begitu?
salam...boleh nk tanyk yg dawai pengikat RM15/gulung brape kg ye?
Salam En amir,
Tak tahu la pulak berapa berat satu roll.
Kenapa nak tahu beratnya ,
Harga bukan kerana beratnya tp panjangnya
Post a Comment